|
Assalamualaikum, Kepada semua pelawat yang dihormati, website kaunseling kerjaya ini diwujudkan bagi membantu masyarakat yang amat memerlukan maklumat kerjaya dan panduan pemilihan kerjaya yang betul daripada kaunselor berdaftar dan mempunyai pengalaman yang luas dalam akademik. Website ini akan memfokuskan kepada : 1. Perkhidmatan Perundingan Merancang Kerjaya Pelajar - Saya sebagai kaunselor berdaftar akan cuba membantu ibu bapa khususnya dalam memberikan perkhidmatan perundingan secara profesional berkaitan maklumat kerjaya. - Saya sebagai kaunselor berdaftar akan cuba membantu menerangkan proses pemilihan kerjaya berdasarkan kepada sistem pendidikan semasa dan terkini. - Saya sebagai kaunselor berdaftar akan cuba membantu menerangkan carta alir kerjaya pelajar yang sewajarnya difahami 2. Perkhidmatan Penceramah/Motivator/Fasilitator/Perunding Kerjaya - Saya mempunyai pengalaman sebagai penceramah motivasi & Kerjaya UPSR/PMR/SPM/STPM beberapa sekolah - Saya terlibat sebagai Penceramah Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah-sekolah termasuklah tajuk seperti :- i. Stress management ii. Problem Solving iii. Motivasi Pengurusan Bilik Darjah iv. Kemahiran seperti komunikasi/pengucapan awam/Asertif dan lain-lain v. Mengendalikan kursus seperti kepimpinan/management/leadership/pengurusan dan pentadbiran dan lain-lain.
|