Saturday, 18 February 2017

Hampir 300,000 Permohonan ke IPTA diterima setiap tahun UPU Online

150,000 permohonan masuk IPTA diterima sejak Januari
Sumber : UTUSAN Online.12 Mac 2016 7:21 PM

TAWAU 12 Mac - Sejumlah 150,000 pelajar telah memohon untuk masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak permohonan dibuka Januari lepas, kata Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Mazula Sabudin.

Walaupun jumlah itu melepasi sasaran awal, katanya, mereka berharap lebih banyak lagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setarafnya memohon bagi mengisi tempat disenaraikan dalam portal UPUOnline.

Katanya, sebanyak 20 universiti awam, 34 politeknik, 93 kolej komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam disenaraikan untuk pilihan pelajar.

"Permohonan ini akan ditutup pada April. Setiap tahun kita menerima hampir 300,000 permohonan," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jom Masuk IPTA Parlimen Tawau di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching merankap Ahli Parlimen Tawau. - BERNAMA


Image may contain: 1 person, standing and indoor

Gambar Cr Hj Rahim menyampaikan Ceramah di Muadzam, Pahang.

No comments:

Post a Comment